Search This Blog

Monday 13 June 2011

Network Marketing Professional

      Assalamualaikum…Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada anda kerana memberi peluang kepada diri anda untuk membuka minda dan membaca post ini. Tujuan saya menulis post ini adalah untuk menjelaskan kepada anda tentang perniagaan Network Marketing yang sebenar. Anda pasti pernah mendengar atau melihat orang-orang yang telah berjaya dan kaya-raya dengan mengusahakan perniagaan network marketing. Anda juga mungkin pernah bertemu dengan Jutawan-jutawan Network Marketing, dan berimpian untuk menjadi seperti mereka.

      Anda melihat mereka mendapat imbuhan puluhan atau ratusan ribu ringgit setiap bulan, memandu kereta mewah, tinggal di rumah mewah dan bebas dari hutang. Bagaimanakah mereka melakukannya?? Itu mungkin persoalan yang bermain di dalam fikiran anda.. Anda mungkin juga pernah mencuba perniagaan Network Marketing ini, tetapi masih gagal untuk mencapai impian anda?? Ya, pasti ada teknik dan rahsia yang diamalkan oleh usahawan-usahawan nekwork marketing yang berjaya... Perkara pertama yang paling penting jika anda ingin berjaya didalam bisnes network marketing adalah ANDA MESTILAH MENJALANKAN PERNIAGAAN NETWORK MARKETING DENGAN CARA YANG BETUL. Saya ingin berkongsi dengan anda ASAS bagaimana cara yang betul untuk melakukan perniagaan ini.

Teruskan menbaca jika anda;
1. Inginkan pendapatan tambahan
2. Inginkan kebebasan hidup dan sudah letih dengan kerja anda sekarang
3. Inginkan kebebasan kewangan
4. Ingin melakukan sesuatu untuk merubah hidup anda
5. Anda pernah gagal dalam Network Marketing dan ingin terus berusaha
 

Percaya Untuk Berjaya
Dalam perniagaan Network Marketing aset yang paling utama adalah diri anda sendiri. Jadi, anda haruslah Percaya bahawa anda boleh berjaya didalam perniagaan Network Marketing ini. Ya, anda harus percaya anda benar-benar boleh berjaya didalam perniagaan ini. Jika anda tiada kepercayaan bahawa anda boleh berjaya didalam perniagaan ini maka tidak perlulah anda bersusah payah untuk menjalankan perniagaan Network Marketing atau melakukan apa-apa untuk mengubah hidup anda. Teruskan hidup anda sekadar apa yang anda ada pada hari ini.

Modal
Sudah tentu apabila kita sebut perniagaan, pekara asas yang utama adalah modal. Untuk berniaga anda mestilah sanggup untuk mengeluarkan modal. Sebenarnya untuk memulakan perniagaan Network Marketing ini anda tidaklah memerlukan modal yang besar seperti perniagaan konvensional, Anda juga tidak perlukan modal untuk menyimpan stok produk. Saya akan terangkan bagaimanakah Modal anda digunakan, teruskan bacaan anda.
     
      Sebenarnya dalam perniagaan Netwok Marketing, modal yang anda perlu keluarkan hanyalah digunakan untuk membeli produk syarikat yang anda dapat gunakan sepanjang hayat anda. Fahami betul-betul, anda hanya perlu mengeluarkan modal untuk membeli produk syarikat yang anda akan gunakan sepanjang hayat anda. Anda tidak perlu membeli produk yang anda sendiri tidak gunakan, atau produk yang anda hanya simpan dibawah katil anda. Jika anda dipaksa membeli stok produk yang banyak dan kemudiannya anda hanya menyimpannya dirumah, percayalah anda telah melakukan kesilapan. Ataupun jika anda dipaksa membeli produk yang anda sendiri tidak perlukan atau tidak gunakan dalam hidup anda, ya anda juga melakukan kesilapan dalam perniagaan Network Marketing. Elakkan dari melakukan kesilapan ini. Modal anda hanya perlu untuk membeli produk syarikat  yang anda akan gunakan sepanjang hayat anda. Ya, sebenarnya tiada risiko didalam perniagaan Network marketing ini kerana Modal yang anda keluarkan adalah hanya untuk membeli produk syarikat yang akan anda gunakan sepanjang hayat anda. Berapa yang anda sanggup keluarkan modal anda adalah bergantung kepada kesungguhan & kesanggupan anda sendiri.

Berkongsi Untuk Berjaya
Resepi kejayaan didalam Network Marketing pastilah perkongsian. Anda perlulah berkongsi kelebihan perniagaan Network Marketing ini dan juga Kelebihan produk yang anda telah gunakan dengan orang ramai. Sekali lagi, jika anda tidak mahu berkongsi kebaikan perniagaan ini dan kebaikan produk yang anda telah gunakan dengan orang ramai maka tidak perlulah anda menjalankan perniagaan ini, anda pasti gagal. Teruskanlah hidup anda sekadar apa yang anda ada hari ini.


Bertemu Dengan Manusia Yang Positif dan Berjaya
Resepi kejayaan seterusnya adalah anda haruslah bertemu dan bergaul dengan orang yang positif dan orang yang berjaya. Percayalah jika anda sentiasa menyediakan masa anda untuk bertemu orang yang positif dan berjaya anda pasti akan terkena tempias kejayaannya juga. Tetapi jika anda terus membiarkan diri anda dikelilingi orang-orang yang negatif dan gagal sudah pastilah anda juga akan berada didalam kelompok negatif dan gagal juga.

Keputusan di Tangan Anda
Ya, segala keputusan adalah ditangan anda untuk memilih jalan kejayaan atau kegagalan, tiada siapa yang dapat membantu anda untuk membuat keputusan. Anda yang menentukan sama ada anda ingin berjaya atau gagal atau sekadar cukup makan dalam hidup.

 
Hubungi saya untuk anda mula Menuju Puncak Kejayaan & Kegemilangan

SMS: Netwok Marketing (Nama) (Lokasi) ke 012-4021734 (Mohamad Zul)

 

No comments:

Post a Comment